Image may contain: 1 person, plant




Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature

Nangka madu ni di tanam seberang jalan depan rumah Umie di KL bukan di kampung..
Pagi semalam umie hidu bau yg wangi sebab buah tu dah ranum dan jatuh ke bumi.Kebanyakan  buah tak sempat kami ambil.yang ni rezeki kami.Alhamdulil

Di sini umie nak berkongsi tips cara kupas nangka tanpa risau pasal getahnya,Sebenarnya mudah je,,selepas buah nangka dipetik dari pokok kita mestilah biarkan beberapa hari sebelum dikupas,Kenapa kita kena buat begini? Jawapannya supaya getah pada buah nangka akan kering setelah 2 atau 3 hari .Barulah senang kita nak kupas tanpa bergetah, Umie pun baru tahu sebab selama ni ,,memang perit bila nak kupas nangka ni

Umie suka masak pengat nangka,,kalau nak sedap lagi boleh campur jagung mentah , Jika nak kuah yg pekat dan sedap bolehlah tambah jagung creamer.Cubalah...sedapppp!!!!

Jadi kalau ada tanah kat kawasan rumah kita eloklah bercucuktanam agar kita dapat makan buah yang segar ,
Memang undang2 alam sentiasa tepat,,," kita tuai apa yang kita tanam" we reap what we sow,Begitu jugalah dalam hidup ni,
Kite tanam kebaikan...kebaikan dan kemakmuran yg mengalir dalam hidup kita.
Jika kite tanam keburukan,hasad atau dengki...kesempitan dan kesusahan yg menjelma.


HIDUP SATU PILIHAN
MATI SATU KEPASTIAN
SEMUA PILIHAN DITANGAN KITA

0 Comments