MASTER RETREAT di Yan , Kedah
5/1/2018 - 7/1/2018
Alhamdulillah pada 5-7 Januari 2018 , team SuriJunior telah berjaya mengadakan Master Retreat
pertama bertempat di Yan Kedah . Seramai 20 orang yang terlibat.
Berbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang 3 hari 2 malam , Semua peserta menginap di
Homestay Dputeh n Homestay D Stable . Tujuan utama program ini diadakan bertujuan untuk "
Brain Stroming" sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran 2018 .
~Semua peserta tiba pada jam 12 tengahhari dan berkumpul di Homestay Dputeh .


~Para peserta kemudian menjamu selera di Hada Cafe , berbagai menu disediakan antaranya ikan
cencaru bersambal, pecal dan tembikai.memang sedap hidangan mak ngah ... :)

~Di sebelah petang pula , sambil-sambil makan semua peserta mengambil kesempatan untuk sharing
mengenai business Shaklee .

~Aktiviti paling menarik ialah sesi menunggang kuda di Ultimate Stud Farm & Horse Training yang
terletak di Kampung Raga , Kedah .
Kawasan ini sangat cantik kerana berlatarbelakangkan gunung Jerai dan dikelilingi anak sungai .
Semue peserta sangat teruja dapat merasai pengalaman pertama menunggang kuda .


~ Hari kedua , semua peserta dibawa ke kawasan perkhelahan Titi Hayun untuk mandi manda
bersama- sama keluarga .

~Acara kemuncak Master Retreat ialah menjejaki Gunung Jerai yang diselimuti dengan kabus yang tebal .
Cuaca pada hari itu 21 darjah celcius . Sejuk kot !! Macam dekat New Zealand !! hehe
Sebelum bertolak balik kami sempat adakan sesi "Brain Stroming " .
Banyak isu-isu yang kami bincangkan bagi menumpuh tahun gemilang 2018 ini .
InsyaAllah 2018 akan menjadi saksi kelahiran bakal Master baru di Shaklee .
Semue peserta pulang dengan penuh 'passion ' dan kelaparan ..heheh :p (gurau ) .
0 Comments